BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 17, 2010

NASIHAT ORANG TUA-TUA...

kita sering mendengar orang sesat di hutan...
pantang larangnya, jangan sesekali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti " aku takkan sesat dalam hutan". sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut...

penyakit sosial rumah tangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin. ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun berusia 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu. tetapi, generasi hari ini, setahun berumah tangga pun isterinya masih dara. bagi memelihara tenaga kelakian, jangan sesekali mebasuh kemaluan selepas persetubuhan. jauhkan membuang air kecil di dalam air.

amalan menahan air kencing membawa bahana seperti batu karang, dan lemah buang pinggan. sebaiknya amalkan kencing 4jam sekali.

mandi laut dan sungai amat menyeronokkan terutamanya kanak-kanak. mandi secara membabi buta dengan perasaan terlalu gembira boleh membawa musibah yang tidak diduga. bagi mengatasi musibah ini, orang tua-tua juga ada pantang. larangnya seperti pertama kali menjejak kaki di laut atau sungai jauhkan dari bermain di gigi air.

sesuatu yang kita sayangi jangan terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat.

sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak sakit, jangan sesekali meludah ketika membuang air besar atau di tempat-tempat kotor. bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup sambil mencekam gigi agak kuat.

membasuh atau mandi ketika badan panas menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur.

jangan mencampakkan sesuatu barang dari tingkap rumah seperti pakaian kerana ia boleh memendekkan rezeki,,,

0 comments: